ARR 2023 - Secrets of Success: A Remarkable Night

Pic Courtesy: DMY Creation Facebook Well, those who are in my closed circle know that I'm an ardent fan of Harris Jayaraj. I've also written a special entry for the man here  when I attended his concert. But, who would want to miss the Oscar-award winning Indian composer's concert after many years he had been to Malaysia?! Not me. I would definitely want to experience the live music from A.R. Rahman ; also celebrating 30 Years of ARR.  When A.R. Rahman 2023 - Secrets of Success live concert was announced to be held in Stadium Bukit Jalil on 28th January 2023 on  DMY Creation's Facebook , I was eager to attend it as it would be the first time of me going to ThalaivARR's concert! ( Thalaivar means Chief ). I managed to purchase the ticket on ticket opening day itself which was on 19th September 2022. Since then, I have been counting days to attend the live concert from the Grammy + Academy Award winning musician's concert. I really loved ARR's music and songs

Jabatan Alam Sekitar Bertindak Secara Efisien!


Kebanyakan negara di seluruh dunia sedang mengalami perubahan iklim yang agak pantas. Perubahan iklim ini biasanya dikaitkan dengan kenaikan paras laut akibat pemanasan global yang berpunca daripada kegiatan manusia sendiri. Walaupun Mary tidak berupaya untuk menyumbang dalam skala besar kepada kebaikan alam sekitar, tetapi Mary sempat juga membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) baru-baru ini selepas menyaksikan kejadian pembakaran terbuka berhampiran dengan kediaman Mary sendiri.

Beberapa minggu lepas di taman perumahan Mary, insiden pembakaran terbuka yang agak serius berlaku pertama kali yang secara langsung telah mencemari kediaman kami. Sekali dah berlaku, dan kami tidak membuat aduan lagi kerana ingin memberi 'peluang' kepada pencemar alam sekitar tersebut. Namun, aktiviti pembakaran terbuka dilakukan sekali lagi oleh pihak yang sama, jadi Mary telah memutuskan untuk membuat aduan kepada JAS kali ini.

Pada mulanya, ibu Mary menelefon talian bebas untuk membuat aduan. Staf atau pekerja khidmat pelanggan memberitahu kami bahawa aduan boleh dibuat secara dalam talian dengan melampirkan bukti-bukti insiden yang hendak dilaporkan kepada JAS. Dengan bantuan adik Mary yang juga berang dengan tindakan pencemar tersebut, kami telah menemui laman e-aduan untuk mengemukakan aduan. Setelah mengisi segala maklumat pengadu iaitu maklumat Mary sendiri dan melampirkan gambar-gambar sebagai bukti pembakaran terbuka, Mary telah menghantar aduan tersebut dengan jayanya pada 31 Julai 2021.

Mary terus mendapat e-mel daripada JAS bagi mengesahkan aduan yang telah dibuat.


Entah mengapa tetapi Mary berasa sedikit tenteram selepas membuat aduan tersebut. Maklumlah, keluarga Mary pun pantang dengan aktiviti-aktiviti terlarang seperti ini sehinggakan kami terpaksa juga membuat aduan.

Selang beberapa minggu setelah aduan dibuat, iaitu pada 28 Ogos 2021 (Sabtu), kami menyaksikan sekali lagi pembakaran terbuka yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Kami berasa sedikit kesal dan hanya berharap bahawa pihak JAS akan mengambil tindakan yang segera. 

Keesokan harinya, pada 29 Ogos 2021, iaitu hampir sebulan selepas Mary membuat aduan, Mary mendapat panggilan daripada talian rasmi yang tidak dikenali. Rupa-rupanya, panggilan tersebut dibuat oleh seorang pegawai daripada JAS menyatakan bahawa mereka telah melawat kawasan yang telah dilaporkan Mary semalam. Mary berasa lega apabila mendengar pernyataan pegawai tersebut. Pegawai itu juga memaklumkan Mary bahawa pencemar udara itu telah diberi Notis Larangan Pembakaran Terbuka. Mary tidak lupa untuk berterima kasih kepada pegawai tersebut sebelum memberitahu perkara itu kepada seluruh ahli keluarga Mary.

Mary tahu anda semua teruja nak tengok gambar/video aktiviti pembakaran terbuka tersebut sehinggakan kami terpaksa mengadu kepada JAS. Video mungkin agak sensitif untuk dipaparkan jadi Mary telah melampirkan dua gambar yang telah dihantar kepada JAS. Lihatlah sendiri pencemaran udara yang telah dibuat.


Agak-agak kalau pembakaran terbuka seperti ini berlaku di kawasan anda, adakah anda akan melaporkan kepada JAS? Wajib ye, kawan-kawan. 


Anda mungkin tertanya-tanya juga mengapa Mary perlu menulis sebuah entri berdasarkan sebuah aduan yang dibuat kepada JAS? Entri ini dibuat bukan untuk mempamerkan diri Mary sebagai seorang enviromentalist ataupun seorang pencinta alam sekitar. Tidak! Mary nak didik pembaca supaya segera mengambil tindakan sekiranya ternampak aktiviti-aktiviti seperti ini yang mampu mengundang bahaya kepada alam sekitar! 

Mary bukan membuat aduan tersebut dengan bersahaja ye. Pada 31 Julai 2021, iaitu pada hari Mary membuat aduan, seluruh rumah kami telah dimasuki asap walaupun tidak kelihatan tetapi boleh dihidu pencemarannya. Abu pembakaran bertempiaran di halaman rumah kami. Secara langsung, pembakaran terbuka sememangnya menjejaskan kualiti oksigen yang sedang kita hirup sekarang. 
Apatah lagi, asap pembakaran yang menjenguk rumah Mary. 

Mary hanya berharap agar entri ini akan membuka mata sesetengah orang yang menutup mata apabila ternampak kejadian seperti ini atau pun mendidik orang yang menyumbang terhadap pencemaran alam sekitar. Ingatlah bahawa Bumi ini satu-satunya kediaman kita dan kita harus menjaganya seperti mana kita menjaga rumah kita sendiri. Jangan tergamak membuat aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar.  Tak ada kuasa pula untuk Mary melawan kesan daripada aktiviti seperti ini yang mencemari udara yang kini sudah pun tercemar dengan virus Covid-19

Jadi, berpada-padalah sebelum membuat sesuatu kepada alam sekeliling kita. Jangan berdiam diri apabila berdepan dengan situasi seperti ini. Langkah-langkah kecil seperti inilah yang akan menyelamatkan Bumi daripada manusia yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Mary juga ingin mengucapkan syabas kepada JAS kerana telah melakukan penyiasatan dan memberi respon yang efisien kepada aduan kami. Hampir seminggu setelah notis diberi kepada mereka dan tiada lagi sebarang aktiviti pembakaran terbuka dilakukan setakat ini.

Kalau mereka tak berhenti juga, nanti-nantikanlah bahagian ke-2 entri ini~
One of the first conditions of happiness is that the link between man and nature shall not be broken. 
Leo Tolstoy 

Comments

  1. Wahhh tindakan yang bijak ni. Api masa kecik menjadi kawan, bila besar menjadi lawan jadi sebelum api tu marak....kita kena buat aduan. Lagi pun boleh menyebabkan pencemaran udara.

    ReplyDelete
  2. These people who openly burn anything is really selfish and reports should be lodged immediately. Uncivilized people. *sigh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly, so uncivilized that we have to take these kind of steps.

      Delete
  3. tindakan yang bijak..bagus Mary. Betul la kita ni sebenarnya la penyebab pencemaran ini berlaku. Bukan boleh main-main dengan api ni..dalam hutan tu ada banyak haiwan yang tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, dan betul tu kitalah penyebab pencemaran sekarang.

      Delete
  4. Bagus tindakan mary. Kalau takde yang buat aduan, makin teruk pencemaran udara akan berlaku. Dan pihak berkenaan akan terus menerus buat pembakaran terbuka. Tahniah buat JAS atas tindakan yang dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan JAS juga telah bertindak dengan efisien dalam hal ini!

      Delete
  5. Bagus. I hope lebih ramai Malaysians yang cerdik dan peka alam sekitar begini. Api tika kecil memang boleh kawan, kalau dah besar, takde siapa boleh lawan. Thank you Mary.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, artikel ini ditulis untuk tujuan kesedaran semata-mata. Harap ada yang bermanfaat. And, yu're most welcome.

      Delete
  6. Yeah......climate change is a serious issue now. People are having eco-anxiety because of climate change. Btw, this is a good information sharing. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly, I'm one of them too haha. This is just my baby step, and you're welcome!

      Delete
  7. Mary!!! Ruby pun nak buat laporan pembakaran terbuka. Geram betul waktu senja ada je membakar di bangunan sebelah. Dah la COVID-19 ni. Udara segar susah betul nak hirup. Dia bakar plak sampah. Bila tanya, nak halau nyamuk. Dah tu apa gunanya Pejabat Kesihatan buat fogging Aedes. Lobang hidung dua je ni. Semput betul. Kalau bleh report sekali ngan perokok pun i nak report. Semenjak duduk rumah ni. Perokok hisap rokok 24 jam. Kita jd perokok pasif. Naya betul la jiran pentingkan diri sendiri nih. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adui, teruknya, lagi-lagi sebab yang dia orang bagi pulak tu. Harap-harap kak Ruby akan mengadu secepat mungkin!

      Delete
  8. Ramai yang belum cakna tentang pencemaran udara. Dah bertahun kita tak boleh buat pembakaran terbuka. Tindakan yang bijak Mary. Good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai yang belum ada kesedaran. Harap artikel saya bermnafaat kepada orang yang perlu. And, thank you!

      Delete
  9. Good Job Mary.. orang macam ni memang kita kena bertindak.. sesuaka hati aja, kalau musim hujan okay lagi, ni kalau time panas, mereka membakar eeeee sesak nafas okay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita bertindak baru ada perubahan bermula dari taman perumahan kita, kan...?

      Delete
  10. Memang bagus buat aduan camni juga. Tak boleh dibiarkan lagi-lagi pembakarannya besar kan, penat la nak hidu asap bukan baik untuk kesihatan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembakaran terbuka memang merbahaya kepada kesihatan dan juga alam sekitar. Tak salah pun saya bertindak begini.

      Delete
  11. bagus tindakan u Marry buat report... kena tegas bila melibatkan isu pencemaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang kena tegas dengan pencemar alam seperti mereka...

      Delete
  12. Tindakan yang bagus buat laporan pada Jabatan Alam Sekitar. Good Job :)

    ReplyDelete
  13. Wah bagus tindakan you membuat laporan and Jabatan Alam Sekitar memang efficient, ohsemm!

    ReplyDelete
  14. terima kasih sebab laporkan terima kasih sebab jadi rakyat malaysia yang bertanggungjawab. pembakaran terbuka ni mcam2 penyakit boleh buatkan pada orang terdekat. haiwan pun terseksa hrmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, harap ada yang mengambil tindakan saya sebagai contoh.

      Delete
  15. Bagus Mary. Inilah yang harus kita lakukan. Apabila terlihat perkara yang melanggar undang-undang, laporkanlah kepada pihak berkuasa agar ia dapat diselesaikan dengan cara yang betul. Tahniah JAS di atas kecekapan kakitangan menjalankan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Yang paling penting, seluruh warga perlu tahu bahawa kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kalau kita menunggu orang lain mengambil tindakan, memang tak jadilah. Harap bermanfaat. JAS memang efisien dalam hal ini!

      Delete
  16. Good to know about this... Something new too...I know about the existence of JAS but we never make any aduan before... Good sharing and eye opening act, teladan for everyone to follow and now we know what to do...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAS does exists, it's just that we don't make the good use of it. Hope this opens some eyes.

      Delete

Post a Comment

Thanks for getting down to Whimsically Mary! Be responsible for your own comment as each comment counts here. Any comments that are obscene, threatening, hateful, sexually-oriented or otherwise violation of any laws are found to have violated Section 233(1) of the Communications and Multimedia Act (CMA).
Be a wise Whimsicallian!