Entri ini ditulis untuk berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman Mary memenangi sebuah peraduan - Giveaway 'Serlahkan Kreativitimu' di mana peserta harus mengungkapkan perwatakan Savithri dalam 15 patah perkataan. Untuk pengetahuan anda, 'Savithri' adalah novel ketiga yang telah ditulis oleh Cik Thanusya dengan nama pena Meera Natasya, iaitu penganjur peraduan itu sendiri. Dua novel lain yang telah ditulis Cik Thanusya bertajuk Tak Sengaja Cinta dan Cik Cemerkap vs. Encik Selfie.
Mary pun telah menyertai peraduan tersebut dengan harapan untuk memenangi novel Savithri kerana agak teruja untuk membacanya. Mentang-mentang nak ambil inspirasi sebelum Mary mula menulis buku, chehh...
Berbalik kepada cerita, Cik Thanusya telah mengumumkan pemenang peraduan di laman Facebook-nya pada awal bulan Ogos. Mary hampir tak percaya mata sendiri apabila melihat poster berikut!
Pengarang yang manis itu sendiri telah berhubung dengan Mary melalui WhatsApp bagi memaklumkan kemenangan serta untuk mengesahkan pengiriman novel! Cik Thanusya juga sempat memberi baucer bagi pembelian buku di kedai
Shopee yang sedang diuruskannya. Kalau rajin, bolehlah kunjung kedai Shopee-nya sambil cuci mata sikit, haha.
Selang beberapa minggu, Mary telah menerima bungkusan yang dikirim oleh Cik Thanusya. Bungkusan tersebut agak besar dan berat bagi sebuah novel. Mary pun terus buka bungkusan tersebut, dan rupa-rupanya terdapat dua lagi buku di dalam! Mary bukan main gembira lagi. Terus Mary WhatsApp pengarangnya dan dia menyatakan bahawa dua buah buku lagi diberi secara percuma! Mary berasa sangat gembira kerana memang tak disangkakan langsung!
Cik Thanusya juga menyatakan bahawa terdapat tiga karya yang telah ditulis olehnya dalam antologi yang bertajuk '
Peluru Aksara', sebuah terbitan
Uthaya Shankar SB. Satu lagi buku pula bertajuk
Bhagavad Gita, ditulis dan diterbitkan oleh Uthaya Shankar SB yang telah diringkaskan daripada penceritaan
Bhagavad Gita yang sebenar bagi semua lapisan masyarakat. Buku tersebut disyorkan oleh Cik Thanusya untuk membacanya.
Itulah pengalaman Mary sebagai salah seorang pemenang peraduan Giveaway 'Savithri' ini. Walaupun agak lambat Mary merekodkan entri ini, tetapi Mary bertekad juga ingin menulis tentang pengalaman ini kerana ianya memori yang agak manis!
Kalau nak tahu ulasan Mary mengenai novel 'Savithri', tunggulah untuk entri tersebut yang akan diterbitkan pada bila-bila masa, hihi....
Nampak kulit buku Savithri ni nampak menyeramkan ye?. Ada pembunuhan nampaknya tu ada berkisahkan kisah hantu?. Gigi pun nampak macam ada taring tu...mungkin ala ala movie 'twilight'?
ReplyDeleteYe, mungkin berkaitan dengan pembunuhan dan juga hantu. Nantikanlah ulasan saya hehe
DeleteTahniah sebab terpilih sebagai pemenang! Ni buku tema horror ke? Nanti buat la review tentang buku-buku ni :D
ReplyDeleteRasanya tema 'horror' kot, nantikanlah ye ulasan saya...
DeleteWah tahniah menang giveaway dapat novel . Seram pulak tengok perempuan pakai lipstick merah then bibir berdarah tu :D
ReplyDeleteTerima kasih. Aah, memang seram pun.
DeleteWah untung tu dapat hadiah giveaway novel. Heheh tp sy lama tak baca novel
ReplyDeleteHaha rezeki saya kali ini. Cubalah baca novel sekali-kala...
Deletetahniah.. best ni dapat hadiah.. seronok kalau kita dapat barang yg kita suka seperti buku
ReplyDeleteTerima kasih. Betul pun, saya memang suka dapat buku ni!
DeleteTahniahhh terpilih sebagai pemenang! Best nya u sangat lucky! Nanti buat review novel ni tau. Macam menarik tgk cover novel
ReplyDeleteTerima kasih! Nantikan ulasan saya. Ye, memang menarik pun muka hadapannya.
DeleteItu novel hantu ke? Kalau baca tu mau kena fokus tu.. nanti kongsi tau apa cerita Savithri tu.. tahniah Mary..
ReplyDeleteRasa macam hantu tapi belum baca, belum tahu haha. Saya akan kongsi nanti. Terima kasih!
DeleteTengok cover novel ni macam menarik. Kisah pembunuhan ke? Tahniah sebab memenangi giveaway ni.
ReplyDeleteCover memang nampak menarik. Rasa macam pembunuhan juga, nanti saya akan kongsi ulasan saya. Terima kasih.
DeleteTahniah kerana menang novel ni tapi macam cerita seram jer hehehehe tengok cover pun dah seram...
ReplyDeleteTerima kasih. Ye, memang nampak seram. Rasa ingin tahu pun bertambah haha.
DeleteTahniah atas kemenangan dalam giveaway tu, and i rasa buku ni agak interesting with the thrilling stories.
ReplyDeleteTerima kasih. Saya pun rasa ceritanya agak menarik.
Deletetahniah menang giveaway dapat buku yang nak. scary lah cover ni. huda xboleh baca ni, penakut..hehe
ReplyDeleteTerima kasih. Cover nampak seram tapi saya suka baca juga haha.
DeleteWow! Congratulation menang contest ni... so long tak membaca novel already... menarik juga ye cover buku yang dimenangi ni... looking forward for your next entry about this novel.. (Y)
ReplyDeleteThank you. Novel ni memang nampak menarik. I'll be coming up with my review soon.
Delete